Friday, June 17, 2016

Adakah pendermaan organ sama dengan menyeksa mayat?

Foto hiasan : Aktiviti Mengkafankan Jenazah dalam Program 
Pengurusan Jenazah SMK Bandar Seri Alam

 Dalam sebuah Hadith Sahih, Rasulullah SAW bersabda: 
Terjemahan:
Daripada `Aisyah RAH bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya perbuatan mematahkan tulang si mati samalah seperti mematahkan tulangnya semasa ia hidup.” [Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal, Jilid 42 (2001: 431)]

Pada asasnya, Hadith ini melarang dilakukan penghinaan terhadap orang yang sudah meninggal dunia. Islam amat menitikberatkan soal memberi penghormatan kepada orang yang sudah meninggal dunia baik orang Islam mahupun orang bukan Islam. Perbuatan memecahkan atau mematahkan tulang si mati yang sering dikaitkan dengan menyeksa mayat seperti yang dinyatakan dalam Hadith ini merujuk kepada perbuatan yang tidak bermanfaat. 


Memelihara nyawa

Bagaimanapun, pemindahan dan pendermaan organ bukan dilakukan kerana niat jahat atau dengan tujuan yang tidak bermanfaat. Sebaliknya pemindahan dan pendermaan organ dilakukan sebagai pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan organ tersebut. 


Memelihara nyawa ialah salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah atau objektif syariah. Larangan yang dinyatakan menerusi Hadith ini terbatal apabila wujud keperluan yang lebih utama yang mengatasi larangan tersebut


iaitu untuk menyelamatkan nyawa manusia. Niat di sebalik pendermaan organ adalah murni dan baik. Pemindahan organ dilakukan hanya apabila tiada alternatif lain bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Dalam hal ini, firman Allah SWT berikut terpakai: 


Terjemahan:
“...maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah al- Baqarah (2): 173]

Proses pemindahan organ juga dilakukan dengan penuh cermat, teliti dan penuh penghormatan terhadap tubuh penderma yang sudah meninggal dunia sama seperti penderma yang masih hidup. Malah, proses pemindahan organ juga dijalankan dengan secepat mungkin bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah tidak tergendala.


Sumber : Soalan-Soalan Lazim Mengenai ISLAM & PENDERMAAN ORGAN terbitan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Dengan kerjasama JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
  

1 comment:

  1. Halo semuanya,
    ini untuk menginformasikan kepada masyarakat umum bahwa donor ginjal yang sehat diperlukan dari semua golongan darah, Kami akan memberikan harga yang jujur dan perawatan terbaik untuk transplantasi Anda sebagai perawatan medis terbaik, Anda dapat menyumbang atau mendukung membantu meningkatkan kehidupan pasien ginjal & mereka keluarga hubungi kami di: drmercyhospital686@gmail.com
    rumah sakit whatsapp dr mercy +2348100367800 atau whatsapp +491639478840
    Donate-Help-Support Jadilah Penghemat Kehidupan.

    ReplyDelete