Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts
Friday, July 22, 2016
Lawatan pegawai-pegawai dari Bangkok Biometrial Centre bersama Pusat Sumber Transplan Nasional (2)
Pada 19 Julai, pegawai-pegawai dari Bangkok Biometrial Centre di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk melawat bank tulang dan program 'Silent Mentor'.
Saturday, June 11, 2016
Saturday, June 4, 2016
Organ dan tisu yang boleh didermakan.
Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.
Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.
Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.
Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta. Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh dijalankan.
Tentang Pusat Sumber Transplan Nasional
Ditubuhkan pada 1997 di Hospital Kuala Lumpur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, diperkukuhkan lagi dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan bagi menyebarkan maklumat yang betul dan tepat serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia mengenai pendermaan organ dan transplan.
Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan organ yang lebih tertumpu pada pendermaan selepas kematian. Di samping itu, ia turut berperanan sebagai pusat pendaftaran pengikrar organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data pengikrar dan penderma selepas kematian.
Pusat Sumber Transplan Nasional juga berkerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat, agensi kerajaan dan swasta serta pihak media dalam menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya.
Selain daripada PSTN, Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan beberapa Pusat Sumber Transplan di beberapa buah hospital iaitu:
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu;
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak; dan
- Hospital Pulau Pinang,
Pada Julai 2001, KKM telah memperkukuhkan lagi perkhidmatan transplan dengan menubuhkan Unit Pengurusan Perolehan Transplan Kebangsaan yang beroperasi bersama Pusat Sumber Transplan Nasional. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras pendermaan organ selepas kematian peringkat kebangsaan dan juga memberi latihan kepada kakitangan kesihatan berkenaan pendermaan dan transplantas organ dan tisu.
Pada tahun 2008, Unit Pengurusan Perolehan Transplan diperluaskan kepada peringkat wilayah iaitu di:-
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (untuk seluruh Johor) ;
- Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak (untuk seluruh negeri Perak);
- Hospital Pulau Pinang, (untuk seluruh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis);
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (untuk seluruh negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan);
- Hospital Queen Elizabeth (untuk seluruh negeri Sabah); dan
- Hospital Umum Sarawak (untuk seluruh negeri Sarawak).
Subscribe to:
Posts (Atom)







