Showing posts with label pengagihan organ. Show all posts
Showing posts with label pengagihan organ. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

BOLEHKAH SAYA MENJUAL ATAU MEMBELI ORGAN?



Malaysia adalah antara 78 buah negara yang menyertai Deklarasi Istanbul pada tahun 2008. Deklarasi ini antara lain menekankan larangan penjualan atau pembelian organ serta lawatan transplan yang disebut sebagai melanggar prinsip ekuiti, keadilan serta maruah insan.

Oleh yang demikian, sebarang penjualan dan pembelian adalah dilarang sama sekali dan dikira sebagai melanggar undang-undang.

Daftar sebagai pengikrar : www.dermaorgan.gov.my

#dermaorgan
#KKMjomikrar
#MKPO2015

Friday, May 20, 2016

Pengagihan & Senarai Menunggu Transplan

Senarai Menunggu

Organ dan tisu daripada penderma selepas kematian akan dipindahkan kepada pesakit yang sesuai menurut senarai menunggu organ kebangsaan. Terdapat senarai menunggu yang berlainan untuk setiap organ yang boleh didermakan di Malaysia.
Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu sekiranya mereka didapati sesuai untuk menjalani transplantasi organ. Malangnya, pada masa kini terdapat lebih daripada 20,000 pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani pemindahan organ dan jumlah ini semakin meningkat saban tahun.

Pengagihan Organ


Kesemua organ dan tisu yang didermakan akan diagihkan secara adil dan telus berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Kriteria tersebut mengambil kira :
    • kesesuaian penderma dan penerima melalui kumpulan darah dan saiz tubuh badan
    • keutamaan berdasarkan status klinikal semasa (clinical urgency & status)
    • tempoh dalam senarai menunggu
    • kes-kes khusus seperti keadaan pesakit yang mempunyai antibodi darah yang tinggi dan faktor lojistik
    • kewujudan penyakit comorbid yang lain
Seseorang pesakit yang sedang menunggu organ mempunyak hak untuk menolak organ atau tisu yang diagihkan melalui sistem agihan organ kebangsaan. Walaubagaimanapun, beliau akan dikeluarkan daripada senarai menunggu tersebut kecuali dalam keadaan tertentu. Pesakit perlu memohon untuk dimasukkan kembali ke dalam senarai tersebut.