Sel Stem Darah

Sel stem darah ialah  sel induk darah yang  boleh menghasilkan pelbagai jenis komponen darah seperti sel darah merah (membawa oksigen dalam darah), sel darah putih (melawan jangkitan kuman) dan platelet (agen pembekuan darah).
Setiap tahun ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan darah seperti leukaemia, aplastic anaemia dan thalasaemia. Salah satu cara untuk merawat penyakit tersebut ialah melalui pemindahan/transplan sel stem darah dari penderma sel stem darah yang sepadan dengan pesakit.


Pesakit yang tidak mempunyai penderma dalam kalangan ahli keluarga masih mempunyai harapan iaitu daripada penderma yang mendaftar menerusi Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR) atau Bank Darah Tali Pusat.

Video ini diterbitkan pada tahun 2011 oleh Unit Perkhidmatan Transplan, Bahagian Perkembangan Perubatan; Bahagian Pendidikan Kesihatan; Institut Penyelidikan Perubatan; Pusat Darah Negara; Jabatan Hematologi Hospital Ampang; Pusat Sumber Transplan Nasional dan Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:



Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR),
Institut Penyelidikan Perubatan,
Jalan Pahang,
50588 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2616 2666
Faks: +603-2691 2019
Email: mscr@imr.gov.my
Waktu Operasi: 8.30 pagi-4.00 petang (Isnin-Jumaat)