Monday, July 25, 2016

IKRAR derma organ : Apakah ganjaran dan habuan?


Kadangkala timbul persoalan, mengapa tidak disediakan habuan atau ganjaran bagi mereka yang telah berdaftar sebagai pengikrar penderma organ? Mengapa pendermaan darah yang dijalankan oleh Pusat Darah Negara dan selainnya boleh menyediakan saguhati selepas menderma dan lain-lain keisitimewaan rawatan tetapi pendermaan organ tidak boleh?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita lihat dari beberapa aspek. Pertama, kita tidak boleh samakan derma darah dan ikrar derma organ. Pendermaan darah seperti yang kita ketahui berlaku secara berjadual / berulang sekitar 3 bulan sekali. Apabila pendermaan dilakukan, pihak bank darah dapat mengumpulkan sejumlah darah untuk tujuan simpanan dan boleh dimanfaatkan untuk merawat pesakit. Maka layaklah penderma darah di beri ganjaran tertentu atas jasa mereka untuk membantu pesakit yang memerlukan. Berbeza dengan pendaftaran ikrar pendermaan organ, belum ada organ yang dapat diambil atau didermakan untuk manfaat pesakit. Ia hanya suatu proses ringkas dalam menzahirkan hasrat individu untuk mendermakan organ selepas kematian. Kami menyanjung tinggi hasrat mulia para pengikrar yang mendaftar, tetapi tidak ada sebarang kelebihan atau ganjaran yang diperuntukkan untuk 'ikrar' (melainkan sekeping kad ikrar dan cenderahati kecil yang disediakan). Bahkan, mengikut statistik, tidak ramai di kalangan pengikrar penderma organ yang layak menjadi penderma disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan seperti cara kematian yang tidak sesuai, masalah kesihatan dan lain-lain. Hal ini juga menjadi satu cabaran bagi Pusat Sumber Transplan Nasional dalam usaha meningkatkan jumlah penderma organ memandangkan jumlah penunggu pemindahan organ juga kian meingkat saban tahun.


Penderma darah layak mendapat ganjaran tertentu

Kedua, pendermaan organ tidak sama seperti pendermaan darah baik dari segi pendermaan itu sendiri dan nilainya. Organ yang didermakan seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang tidak mungkin tumbuh semula. Setiap masnusia harus hidup dengan set organ yang sama sepanjang hidup mereka (melainkan mereka mendapat pemindahan organ). Darah pula akan terhasil semula sekalipun didermakan berulangkali (dalam jumlah yang ditetapkan). Nilai organ dan darah sudah tentu berbeza. Dua hingga enam unit sel darah merah diperlukan untuk operasi pemindahan jantung dan 6 hingga 10 unit sel darah merah diperlukan untuk operasi pemindahan hati.

Untuk pendermaan organ selepas kematian, tidak ada ganjaran berbentuk wang diperuntukkan untuk keluarga penderma, melainkan caj rawatan di wad dihapuskan (hospital awam).


Berbeza halnya dengan pendermaan organ semasa hidup (baca mengenai pendermaan organ semasa hidup di sini), pihak kerajaan telah menyediakan beberapa ganjaran dan keistimewaan bagi penderma organ hidup. Antaranya ialah rawatan percuma di hospital awam dan kemudahan wad kelas satu (sekiranya ada kekosongan).


Pokoknya, pendermaan organ adalah suatu amalan yang berteraskan kebajikan, keikhlasan dan tidak mengharapkan sebarang balasan atau habuan. Tidaklah dapat diukur dengan wang ringgit betapa tinggi nilai organ manusia walau sekecil buah pinggang sekalipun. Kerana itu dinamakan 'derma' organ. Sekiranya kita tulus dan ikhlas, ganjaran yang lebih besar menanti kita di kehidupan yang seterusnya seperti yang disebut dalam hadis yang bermaksud :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada Allah, laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan mesjid, dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya.” (HR Bukhari Muslim).

6 comments:

  1. berniat hendak menderma organ kerana Allah taala..in shaa Allah akan sy isi borang dan hantar seberpa segera...moga Allah memudahkan urusan ku ini. amin ya Rabb.

    ReplyDelete
  2. Halo semuanya,
    ini untuk menginformasikan kepada masyarakat umum bahwa donor ginjal yang sehat diperlukan dari semua golongan darah, Kami akan memberikan harga yang jujur dan perawatan terbaik untuk transplantasi Anda sebagai perawatan medis terbaik, Anda dapat menyumbang atau mendukung membantu meningkatkan kehidupan pasien ginjal & mereka keluarga hubungi kami di: drmercyhospital686@gmail.com
    rumah sakit whatsapp dr mercy +2348100367800 atau whatsapp +491639478840
    Donate-Help-Support Jadilah Penghemat Kehidupan.

    ReplyDelete
  3. KAMI SANGAT MEMERLUKAN DONOR KIDNEY, DENGAN JUMLAH [$ 800,000USD,] {800,000 USD} HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Emel columbiaasiahospital748@yahoo.com} atau WhatsApp kami sekarang, (Whatsapp dia + 1701353-1601) Dr S.K Wangnoo OF HOSPITAL ASIA COLUMBIA ASIA. SAYA ADALAH SPECIALIST DALAM PEMBEDAHAN ORGAN, juga akan membeli dan menjual.TRANSPLANT SETIAP JENIS 0F 0RGAN Kami memerlukan tindak balas segera anda ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi saya...jika masih memerlukan..+60128793325

      Delete
  4. PERHATIAN!!!

    WhatsAp +971545539609.
    E-mel: drmalathi91@gmail
    Telegram: +971545539609

    Selamat datang ke MANIPAL HOSPITAL rumah pemindahan buah pinggang. Jika anda dalam kesusahan, adakah anda memerlukan wang untuk membayar hutang yang besar? Bagaimana untuk mengumpul wang untuk keperluan mendesak? Tunggu, mengapa anda tidak berfikir untuk menjual buah pinggang pada harga yang sangat baik ($ 400,000), yang pertama dibayar sebelum pembedahan kerana keraguan tentang penderma sebenar, saya Dr Malathi di MANIPAL HOSPITAL India. Kita berada di setiap sudut dunia. AS, Malaysia, Jepun, China, Greece, Turki, Nigeria, Australia, Argentina, Brazil, United Kingdom, Ghana, dll. NOTA:- * Penderma harus sihat secara klinikal. * Untuk menderma organ, anda mesti mempunyai kumpulan B+ dan O+. * Berat badan penderma tidak kurang daripada 35. * Penderma tidak boleh merokok atau minum alkohol. Anda boleh menghubungi kami 24 jam dan kami akan melayani anda dengan lebih baik, sila hubungi kami melalui

    WhatsAp +971545539609.
    E-mel: drmalathi91@gmail.com
    Telegram:+971545539609

    Salam Dr Malathi

    ReplyDelete