Wednesday, May 18, 2016

KENALI organ anda!

Organ manusia adalah anugerah yang tidak ternilai harganya yang dikurniakan oleh maha pencipta. Organ-organ ini tersembunyi di dalam tubuh kita, menjalankan peranannya dengan patuh sejak hari pertama kita ditiupkan nyawa tanpa kita sedari kewujudannya.

"Yang ada ini sudah harapan kita." - Hamka

Kebanyakan orang gagal menghargai fungsi organ. Mungkin kerana kurang pengetahuan atau kesedaran. Sebahagian mereka melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kesihatan organ seperti merokok, menyalah-gunakan dadah, minum minuman beralkohol secara berlebihan dan sebagainya. Hanya apabila organ mengalami kegagalan fungsi, barulah sebahagian mereka sedar betapa penting dan bernilainya organ yang diberikan percuma itu. Malah organ di dalam tubuh kita ini lebih berharga dari harta, wang dan pangkat. Apalah gunanya harta, wang dan pangkat tanpa organ yang berfungsi untuk menikmatinya. Mungkin inilah maksud disebalik ungkapan Prof. Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita."

Kenali organ anda..!

Dengan mengenali organ dan fungsi-fungsinya, sedikit sebanyak kita dapat menghargai organ dan berusaha menjaga kesihatan selain meninggalkan atau mengurangkan amalan yang menjejaskan kesihatan tubuh. Kenali empat organ yang juga boleh didermakan selepas kematian.





No comments:

Post a Comment